24 Mac 2025 (Isnin) | Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media
Sesi kali ini melibatkan seramai 250 orang pelajar baharu dan penerapan menyertai taklimat perpustakaan secara atas talian melalui Youtube Fakulti. Taklimat ini disampaikan oleh oleh Puan Eza Eliana Binti Abdul Wahid, Pustakawan Kanan (Seksyen Pendidikan Pengguna) yang berlangsung di Studio Fakulti.
Pengisian taklimat merangkumi video Perpustakaan UiTM serta taklimat ringkas berkenaan perkhidmatan, koleksi dan perpustakaan digital yang disediakan oleh Perpustakaan untuk pelajar baharu. Antara lain yang penting untuk mahasiswa adalah instalasi MobileApps serta penyertaan Kelas Literasi Maklumat dan Speed Reading.

Puan Eza Eliana menyampaikan taklimat mengenai Perpustakaan UiTM kepada pelajar baharu
Puan Eza Eliana menerangkan cara instalasi MobileApps kepada pelajar baharu

Post a Comment

Terbaru Lebih lama