21 Februari 2025 (Jumaat) | 22 Syaaban 1446H


Tiada hari seindah Jumaat,
Tiada kata seindah zikir,
Tiada ibadah seindah solat,
Tiada bulan seindah Ramadan.

Sebagai seorang hamba Allah yang bertaqwa haruslah mempersiapkan diri untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan supaya setiap amalan yang dilakukan mendapat pahala berlipat kali ganda. Qana’ ah merupakan satu sifat mahmudah iaitu merasa cukup dalam diri.

Melahirkan rasa cukup dalam diri ketika membeli makanan atau minuman di bazar ramadan supaya tidak berlaku pembaziran. Mari tingkatkan keimanan sebelum tiba bulan Ramadan agar dapat menjalani ibadah dengan baik dan peluang hanya hadir sebulan dalam setahun.Mauizah@PTAR kali ini disampaikan oleh Ustaz Ahmad Ammar Rozaini, Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Islam yang diadakan di Bilik Seminar, PTAR.

#ramadan2025 #puasa #tazkirahringkas






Post a Comment

Terbaru Lebih lama