Seluruh warga Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (PUiTM) ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada:
Kami mendoakan agar Tuan sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, usia yang penuh keberkatan, rezeki yang melimpah ruah serta terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin organisasi dengan adil, ihsan dan penuh amanah.
اللَّهُمَّ أَطِلْ عُمُرَهُ، وَصَحِّحْ جِسْمَهُ، وَوَسِّعْ رِزْقَهُ، وَاغْفِرْ لَهُ، وَوَفِّقْهُ لِحُسْنِ الْقِيَادَةِ وَالرِّعَايَةِ، وَاجْعَلْهُ مِفْتَاحًا لِلْخَيْرِ، مِغْلَاقًا لِلشَّرِّ
"Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkan tubuh badannya, luaskan rezekinya, ampunilah dosanya, bimbinglah dia agar dapat memimpin dengan baik dan penuh hikmah, serta jadikanlah dia sebagai pembuka kepada segala kebaikan dan penutup kepada segala keburukan."
Semoga Tuan terus sukses dalam memacu transformasi Rumah Ilmu Perpustakaan UiTM sebagai nadi ilmu yang progresif, inklusif dan lestari.
Catat Ulasan