Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) berbangga mengumumkan bahawa UiTM Institutional Repository (UiTM IR) telah mencapai pencapaian membanggakan dalam Transparent Ranking of Institutional Repositories (Edisi Mei 2025) apabila berjaya mengekalkan kedudukan nombor satu di Malaysia dan melonjak ke tangga ke-34 dunia.
Penarafan ini dijalankan oleh Google Scholar melalui pengukuran Transparent Ranking dan berpandukan kepada jumlah dokumen ilmiah yang diindeks. Setakat ini, UiTM IR mempunyai 86,500 dokumen yang terdiri daripada pelbagai bahan ilmiah seperti:
- Artikel jurnal
- Prosiding persidangan
- Tesis dan disertasi
- Laporan penyelidikan
- Kertas kerja akademik
Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan UiTM untuk memperkukuh kecemerlangan akademik, keterlihatan global, dan akses terbuka kepada pengetahuan.
Akses UiTM IR di: https://ir.uitm.edu.my/
Catat Ulasan