Shah Alam, 29 September 2025 – Program Kepimpinan Pelaksana Perpustakaan UiTM (PROKEP 2025) membuka tirai dengan pengisian yang dirangka khusus untuk meningkatkan kompetensi, kepimpinan, serta kesejahteraan kumpulan pelaksana perpustakaan.
Program ini menekankan kepentingan peranan kumpulan pelaksana sebagai tulang belakang operasi Perpustakaan UiTM dalam memacu inovasi, meningkatkan keberkesanan perkhidmatan, dan memastikan kecemerlangan organisasi.
Antara pengisian utama hari pertama:
Slot 1: Tadbir Urus Tangkas Memacu Kecekapan Proses dan Kecemerlangan PerpustakaanDisampaikan oleh Puan Nor Azwani binti Mohamad, Timbalan Ketua Pustakawan, yang menekankan kepimpinan pelaksana berasaskan tadbir urus tangkas bagi memastikan ketelusan, integriti, akauntabiliti, serta keberkesanan proses kerja.
Slot 2: Transformasi Kerjaya Melalui Pendidikan
Dr. Norraidah binti Abu Hasan, Ketua Unit APEL UiTM, berkongsi bagaimana Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) memperluas akses pendidikan melalui pengalaman kerja dan pembelajaran tidak formal, seiring pendidikan sepanjang hayat.
Slot 3: AI for Work Productivity
Professor Ts. Dr. Syamsul Nor Azlan Mohamad, Pengarah Bahagian Pentaksiran & Penilaian Akademik UiTM, menerangkan bagaimana AI menjadi pemangkin produktiviti melalui automasi, penjanaan idea, dan inovasi digital. Beliau memperkenalkan aplikasi terkini seperti Gemini, Gamma, Napkin AI dan Suno.
Slot 4: Kesihatan Mental dan Pengurusan Emosi di Tempat Kerja
Disampaikan oleh Encik Syawal bin Samin, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Kuala Selangor, yang menekankan kepentingan menjaga kesejahteraan mental, pengurusan tekanan, serta sokongan sosial di tempat kerja.
Program PROKEP 2025 membuktikan komitmen Perpustakaan UiTM untuk melahirkan kumpulan pelaksana yang kompeten, berdaya saing, dan bersedia menghadapi cabaran semasa melalui kepimpinan yang tangkas, penguasaan teknologi, serta penjagaan kesejahteraan mental.
Bacaan Lanjut : https://www.facebook.com/share/p/1CEjDNT9ge/
Catat Ulasan