Unit Literasi Maklumat, Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM telah melaksanakan Bengkel Pemantapan Literasi Maklumat dan Digital bertempat di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang pada 16 Oktober 2025 (Khamis).

Seramai 131 orang guru pusat sumber dan media dari sekolah-sekolah sekitar Daerah Klang telah menyertai bengkel ini yang merangkumi tiga slot menarik:

Asas Bacaan Pantas – disampaikan oleh Cik Ummi Halimatunssaadiyya binti Shamsul Yuzli bersama Encik Muhammad Azrul Nizam bin Abdul Rahman

Literasi Maklumat – dikendalikan oleh Puan Eza Eliana binti A. Wahid

Literasi AI – disampaikan oleh Cik Ummi Halimatunssaadiyya binti Shamsul Yuzli dengan bantuan pelajar latihan industri Saudari Sitti Nurfhezza binti Indra Bangsawan dan Saudari Dg Lin Hamizah binti Ishak

Program ini bertujuan memperkasa kemahiran guru dalam literasi maklumat, bacaan pantas dan penggunaan teknologi AI selaras dengan usaha menyokong pembelajaran abad ke-21 dan memperkukuh budaya celik maklumat di sekolah. 

Bacaan Lanjut : 
https://www.facebook.com/share/p/17JG6ucxBo/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama