Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Shah Alam telah menganjurkan Kelas Literasi Maklumat yang berlangsung dari 17 hingga 22 Oktober 2025 bertempat di PTAR Shah Alam.
Program ini memberi fokus kepada modul Online Databases, Scopus, Web of Science dan Mendeley, dengan tujuan membantu pelajar meningkatkan kemahiran mencari, menilai dan mengurus sumber maklumat akademik secara berkesan.
Kelas ini telah disertai oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda dan Pascasiswazah, yang berpeluang mempelajari teknik pencarian maklumat berimpak tinggi serta pengurusan rujukan menggunakan aplikasi Mendeley.
Melalui penganjuran kelas ini, diharapkan para peserta dapat memperkukuh keupayaan mereka dalam penulisan akademik dan penyelidikan ilmiah. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai dan menjayakan program ini! 💜📖
#PTAR #UiTM #LiterasiMaklumat #Scopus #WebofScience #Mendeley #OnlineDatabases #UiTMShahAlam #BersamaPTAR
Catat Ulasan