Alhamdulillah Audit Dalam Jabatan Perpustakaan telah berjaya dilaksanakan pada 11–12 November 2025 yang meliputi keseluruhan skop dan fungsi jabatan selaras dengan keperluan MS ISO 9001:2015. Pelaksanaan audit ini bertujuan memastikan setiap proses dan fungsi utama Jabatan Perpustakaan sentiasa berada pada tahap optimum dan mematuhi prosedur dalam menyokong penambahbaikan berterusan.
Mesyuarat Penutup Audit Dalam yang diadakan pada 14 November 2025 turut melaporkan dapatan audit di mana Bahagian Sumber Rujukan Universiti telah mencapai keputusan Audit Bersih pada tahun ini. Tahniah diucapkan kepada semua bahagian atas penglibatan aktif, komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang proses audit dijalankan.
Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1Marwpvctg/

Catat Ulasan