Putrajaya, 7 November 2025 — Dewan 10, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menjadi tumpuan apabila lebih 300 peserta menyertai dua aktiviti anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM sempena Festival Idea Putrajaya (FOI) 2025, Ujian Bacaan Pantas dan Meet & Greet Penulis Muda. Program ini dianjurkan oleh PTAR dengan mandat rasmi daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Ujian Bacaan Pantas (Speed Reading Test) menjadi tarikan di FOI apabila peserta dari pelajar sekolah hingga komuniti akademik menguji kelajuan bacaan serta kefahaman secara langsung. Ramai yang teruja mendapati bacaan mereka jauh lebih pantas daripada sangkaan — menjadikan aktiviti ini simbol budaya membaca yang menyeronokkan, melatih fokus dan meningkatkan keyakinan diri.
Sesi Meet & Greet Penulis Muda pula membuka jendela inspirasi apabila tiga penulis muda tanah air berkongsi perjalanan kreatif dan pandangan dunia penulisan:
• Mohd Fhais bin Salim (Seni Marah Anak, Parenting Journey) – pendekatan keibubapaan berasaskan hikmah dan kasih.
• Nurul Aini Bakar (Koyak, Sebenarnya Ilusi) – realiti emosi wanita moden dan proses penyembuhan.
• Sayidah Mu’izzah (Rudimen, Mana Semua Kelip-Kelip?) – membina identiti dan suara sendiri dalam industri penerbitan.
Sesi ini dikemudi oleh Puan Siti Rohayu, Pustakawan Kanan PTAR, berlangsung interaktif serta sarat nilai ilmu, empati dan refleksi kemanusiaan.
Turut bersama di sesi Meet and Greet Bersama Penulis ialah:
Datin Nor Azzah Momin
Pengerusi Majlis Ketua Pustakawan Universiti Awam (MKPUA) merangkap Ketua Pustakawan USIM,
Ts. Hj. Azizi Hj. Jantan
Ketua Pustakawan UiTM,
Encik Hazmir Hj. Zainal
Ketua Pustakawan UKM,
serta delegasi staf, pensyarah dan pelajar daripada universiti awam seluruh negara.
Mengangkat tema “MADANI: Melakar Masa Depan, Merealisasikan Idea”, FOI 2025 terus menjadi platform nasional yang merakyatkan idea, memperkasa ekosistem pendidikan tinggi dan menyuburkan budaya ilmu serta penulisan kreatif.

Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/17cpEuCQhb/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama