Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sesi 2025/2026 telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pustakawan UiTM sebagai wadah memperkukuh sinergi strategik antara kepimpinan mahasiswa dan Perpustakaan UiTM, khususnya dalam usaha menyemarakkan budaya ilmu di kampus.

Delegasi MPP diketuai oleh Yang Dipertua MPP UiTM, Mohamad Adib Hazim, yang menyampaikan hasrat serta hala tuju peranan MPP untuk bekerjasama secara lebih aktif dengan pihak perpustakaan. Fokus perbincangan meliputi penglibatan mahasiswa dalam program literasi maklumat, galakan membaca, aktiviti wacana ilmu serta inisiatif pemerkasaan ekosistem pembelajaran sepanjang hayat.
Ketua Pustakawan UiTM, Ts Haji Azizi bin Haji Jantan, menyantuni delegasi dengan penuh keterbukaan dan berkongsi hala tuju strategik Perpustakaan UiTM sebagai pusat ilmu dinamik. Beliau turut menegaskan peranan mahasiswa sebagai rakan strategik perpustakaan bukan sahaja sebagai pengguna, malah sebagai ejen perubahan yang mampu menghidupkan budaya ilmu melalui penglibatan aktif, kepimpinan intelektual dan sukarelawan.
Turut hadir mewakili Perpustakaan UiTM ialah Mohd Ismail bin Abidin, Nurul Farihah Sarmin Panut dan Siti Rohayu Mohd Yusof, yang bersama-sama menyokong perbincangan ke arah pelaksanaan program kolaboratif berimpak tinggi.
Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen bersama MPP UiTM dan Perpustakaan UiTM dalam membina persekitaran kampus yang subur dengan wacana, pembacaan dan pembelajaran berterusan sejajar aspirasi universiti untuk melahirkan graduan berilmu, berdaya fikir dan berwawasan. Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1AXzX2RiAh/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama