📚 SIRI 6 PROGRAM KEPIMPINAN PERPUSTAKAAN UiTM
📍 Ruang Telaah, PTAR UiTM Shah Alam
🗓 23 Februari 2026 | 5 Ramadan 1447H
PTAR UiTM menjadi medan wacana strategik apabila menerima kehadiran YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menyampaikan syarahan bertajuk:
“Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2036: Strategi Kerajaan Membina Masa Depan Pendidikan Negara.”
Sesi ini diserikan dengan kehadiran YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, FASc, Naib Canselor UiTM yang menyantuni delegasi KPT, sekali gus memperkukuh hubungan strategik universiti dengan pemegang taruh dasar pendidikan tinggi negara.
Dalam ucapan aluan, YBrs. Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan UiTM menegaskan bahawa perpustakaan hari ini bukan lagi sekadar pusat rujukan, tetapi pemacu ekosistem ilmu universiti yang menyokong hala tuju nasional dan aspirasi pendidikan masa hadapan.
Beliau turut memetakan penjajaran strategik Perpustakaan UiTM selari dengan 8 Inisiatif Teras RPTM 2026–2035:
1️⃣ Akses inklusif (OKU & B40)
2️⃣ Pendidikan percuma & keterjangkauan
3️⃣ Pertambahan tempat & kemasukan IPTA
4️⃣ Tingkatan 6 & Matrikulasi di bawah KPT
5️⃣ Penginapan & kebajikan pelajar
6️⃣ Pemerkasaan MPU
7️⃣ Pemerkasaan TVET
8️⃣ Pendigitalan & daya saing global
Program ini turut dimeriahkan dengan sesi soal jawab strategik yang membuka ruang dialog dua hala antara pembuat dasar dan warga perpustakaan, diakhiri dengan majlis menandatangani plak Ruang Tela’ah Jabatan Perpustakaan sebagai simbol komitmen berterusan PTAR dalam memperkasa budaya ilmu dan kepimpinan pemikiran di UiTM.
Semoga perkongsian ini menjadi pemangkin kepada penjajaran strategik yang lebih kemas, menjadikan perpustakaan sebagai nadi transformasi pendidikan tinggi negara — berimpak, relevan dan lestari. Baca Lanjut: https://www.facebook.com/share/p/14SXkDSQKvB/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama