Unit Kemajuan Kerjaya (UKK), BPSM, Jabatan Pendaftar UiTM menganjurkan Program Transformasi Minda (PTM) Bil. 63/2026 pada 13 hingga 17 April 2026 (5 hari) di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), Lebuh Enstek, Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan. Perpustakaan telah diberikan slot berkaitan dengan Perkhidmatan Perpustakaan UiTM pada 14 April 2026.
Seramai 100 orang staf pentadbiran UiTM yang terdiri daripada staf pelaksana dari pelbagai skim/bidang telah hadir dan slot ini telah disampaikan oleh Puan Zuhaslinda binti Sulaiman (Pustakawan Kanan), Unit Literasi Maklumat, Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan, UiTM Shah Alam.
Slot ini telah menjadikan satu platform perkongsian ilmu yang membuka perspektif baharu tentang bagaimana Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) berfungsi sebagai nadi ilmu dalam menyokong pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.
Sepanjang slot ini, peserta telah didedahkan dengan pelbagai perkara, antaranya:
Diharapkan melalui slot ini, semua peserta dapat:
Perpustakaan hari ini bukan lagi hanya sekadar tempat meminjam buku, tetapi sebagai rakan strategik anda dalam pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.
Terima kasih sekali lagi kepada semua peserta yang terlibat, dan semoga ilmu dan maklumat yang dikongsikan memberi manfaat berterusan dalam kerjaya anda.
Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1JHYpiR1xP/

Catat Ulasan