Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) ingin memohon kerjasama seluruh warga UiTM untuk menyemak status pinjaman bahan perpustakaan masing-masing serta memastikan semua bahan yang dipinjam dipulangkan atau diperbaharui (renew) sebelum tarikh tamat tempoh pinjaman.
Semakan awal akan membantu memastikan urusan pinjaman berjalan lancar di samping mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan.
Dengan membuat semakan lebih awal, Tuan/Puan akan dapat:
- Memastikan rekod pinjaman sentiasa tepat dan dikemas kini.
- Memperbaharui tempoh pinjaman dengan mudah melalui PERMATA Portal, sekiranya bahan masih layak untuk diperbaharui.
- Mengelakkan caj lewat pemulangan sebanyak RM0.20 sehari bagi setiap naskhah.
- Terus menikmati kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan tanpa sebarang gangguan.
PTAR amat menghargai kerjasama dan keprihatinan seluruh warga UiTM dalam memastikan koleksi perpustakaan diurus dengan baik agar dapat dimanfaatkan secara berterusan oleh seluruh komuniti universiti.
Semak hari ini. Pulangkan atau perbaharui pinjaman anda sebelum tarikh tamat tempoh.
"Pembudayaan Ilmu Membentuk Adiwangsa"
Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/192LGiz98P/
Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/192LGiz98P/

Catat Ulasan