Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah menyumbang kepakaran dalam Kursus PhD ON TIME (POT): Pre-PhD Preparation & PhD Research Methodology melalui sesi perkongsian bertajuk Smart Reference Management pada 29 Julai 2026 di Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM, Bandar Enstek.
Sesi yang berlangsung dari jam 10.45 pagi hingga 12.45 tengah hari itu telah disampaikan oleh Encik Mohd Hazrul bin Mohd Hussin, Timbalan Ketua Pustakawan (KUP) dengan dibantu oleh Puan Eza Eliana binti A Wahid, Timbalan Ketua Pustakawan (KUP) dan Cik Ummi Halimatunssaadiyya binti Shamsul Yuzli, Pustakawan, daripada Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam.
Perkongsian yang melibatkan seramai 67 orang peserta, terdiri daripada kumpulan pentadbiran dan pensyarah UiTM, memberi fokus kepada penggunaan aplikasi Mendeley sebagai alat pengurusan rujukan dalam penyelidikan dan penulisan akademik.
Peserta telah diberikan pendedahan berkaitan kaedah mengurus dan menyusun sumber rujukan secara sistematik, memasukkan sitasi dalam penulisan, menghasilkan senarai bibliografi secara automatik serta mengoptimumkan penggunaan Mendeley bagi menyokong pelaksanaan penyelidikan di peringkat Doktor Falsafah (PhD).
Penglibatan PTAR dalam program ini mencerminkan komitmen perpustakaan dalam menyokong pembangunan kompetensi penyelidikan, meningkatkan kemahiran literasi maklumat serta memperkukuh budaya penulisan dan penerbitan ilmiah dalam kalangan warga UiTM.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM melalui Pusat Kepimpinan Akademik (PKA) atas peluang dan kerjasama yang diberikan kepada PTAR dalam menjayakan sesi perkongsian ini.
Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1byyYHnPx9/

Catat Ulasan