KUALA LUMPUR, 24 OKTOBER 2026 – Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan Bengkel Penulisan Akademik dan AI bersempena dengan Minggu Literasi Media Dan Maklumat 2026 pada 24 hingga 25 Oktober 2026. Bengkel yang berlangsung pada 24 Oktober 2026, dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang itu telah diadakan di Makmal Komputer PNM.
Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Masnida Hanim Che Mahmood dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), selaku penceramah, dengan bantuan Encik Remie Salleh Udin dan Puan Juliana Hamdan sebagai fasilitator.
Penganjuran bengkel ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Kolej Vokasional Shah Alam, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) serta orang awam.
Bengkel ini dibahagikan kepada tiga sesi utama yang dirangka bagi meningkatkan kemahiran peserta dalam pencarian maklumat, penulisan akademik dan penggunaan aplikasi berasaskan AI. Sesi pertama, Explore Search Techniques, yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi, memberi tumpuan kepada teknik pencarian maklumat yang berkesan.
Sesi kedua, Easy Write with MS Word serta Praktikal Pencarian Bahan dan Penulisan, berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang. Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan Microsoft Word, di samping latihan praktikal berkaitan pencarian bahan rujukan dan penghasilan penulisan akademik.
Seterusnya, sesi ketiga, Canva AI dan AI Prompting, diadakan dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Sesi ini memperkenalkan penggunaan kecerdasan buatan dalam penghasilan bahan kreatif serta teknik membina arahan atau prompt yang berkesan bagi mendapatkan hasil yang lebih relevan dan berkualiti daripada aplikasi AI.
Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1CB7kNC1Vn/

Catat Ulasan