2 Oktober 2026 – PTAR Alam Bina, UiTM Shah Alam melaksanakan inisiatif penjajaran koleksi jurnal berjilid melalui pemindahan sebanyak 100 naskhah koleksi ke PTAR Kompleks Alam Bina dan Seni Reka (KABS), UiTM Selangor Kampus Puncak Alam.

Koleksi yang melibatkan bidang Seni Bina, Seni Bina Dalaman serta Perancangan Bandar dan Wilayah ini dikenal pasti bersesuaian untuk menyokong keperluan rujukan dalam bidang berkaitan. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha pengurusan koleksi PTAR Alam Bina dalam memastikan bahan perpustakaan ditempatkan secara lebih strategik, di samping mengoptimumkan penggunaan koleksi berdasarkan keperluan akademik dan komuniti pengguna.

Pemindahan koleksi ini juga dijangka dapat memperluas akses kepada bahan rujukan berkaitan serta menyokong keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan warga universiti, khususnya dalam bidang alam bina.

Melalui penjajaran koleksi secara berterusan, PTAR komited memastikan setiap bahan yang dimiliki terus mempunyai nilai guna dan dapat dimanfaatkan secara optimum oleh warga UiTM.

Bacaan lanjut: 
https://www.facebook.com/share/p/1C6BsCwKBT/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama