Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Mohd Ismail bin Abidin, Timbalan Ketua Pustakawan, Jabatan Perpustakaan UiTM Shah Alam dan Dr. Nurfarawahidah binti Badruesham, Pustakawan Kanan, Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka atas penganugerahan:
Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Malaya.
Penganugerahan tersebut telah disahkan oleh Senat Universiti pada 30 September 2026.
Kejayaan ini bukan sahaja merupakan pencapaian peribadi yang membanggakan, malah turut menjadi inspirasi kepada seluruh warga Perpustakaan UiTM untuk terus memperkasa ilmu, meningkatkan kepakaran dan membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.
Semoga pencapaian ini membuka ruang kepada lebih banyak sumbangan bermakna dalam pembangunan kepustakawanan, penyelidikan dan kecemerlangan institusi.
Tahniah, Dr. Mohd Ismail dan Dr. Nurfarawahidah.
Ikhlas daripada
Ketua Pustakawan dan Seluruh Warga Perpustakaan UiTM
Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1BsGtefcoV/
.png)
.png)
Catat Ulasan