Featured Video

Saturday, February 21, 2009

e-WAVE Terima Pingat Emas Dalam MTE 2009

Pasukan Kumpulan Inovatif & Kreatif e-Wave dari Perpustakaan Tun Abdul Razak telah menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi. UiTM sendiri telah menghantar sebanyak 56 produk penyelidikan dan 3 daripadanya datang dari hasil projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Kesemua 460 produk penyelidikan ini telah diadili oleh 70 pengadil yang diiktiraf.
Berikut adalah keputusan MTE 2009:-

Jumlah keseluruhan Pingat EMAS ialah 65 EMAS daripada 460 penyertaan. UiTM telah memenangi 2 pingat EMAS iaitu

1. LIBRARY AUTOMATED SELF-CHARGING MACHINE - Azizi Jantan, Ahmad Faizar Jaafar, Muhamad Azmir Sulaiman, Rosli Mohamad, Abdul Hamid Mohd Salleh, Ahmad Nazri Jaafar, Mohd YAzid Yahaya, Nurhayati Hassan, Ja'amayah Kosnan dan Rizana Mohd Radwan (Perpustakaan Tun Abdul Razak)

2. MONI-equakeWPS WALL PANEL - Nor Hayati Abdul Hamid, Siti Hawa Hamzah, Nurhaniza Abdul RAhman, Mehroad Seifi dan Mohd Ashaari Masrom (Fakulti Kejuruteraan Awam)

Bersama ini juga disertakan keputusan pingat yang diperolehi oleh Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) UiTM:-

1. Kump. e-WAVE (PTAR)
- Tajuk Projek: LIBRARY AUTOMATED SELF-CHARGING MACHINE - EMAS

2. Kump. MySMART (PTAR)
- Tajuk Projek: MySMART PORTABLE LOCKER - PERAK

3. Kump. C7 (Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Terengganu)
- Tajuk Projek: C-SMART BOOK SUPPORT - GANGSA.

Ini jelas membuktikan Inovasi yang dihasilkan dari Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) telah dapat menyumbangkan sesuatu kepada UiTM dan InsyaAllah produk ini akan dikomersialkan dan akan menjana pulangan hasil kepada UiTM dan Perpustakaan khasnya.

TAHNIAH buat semua pemenang.

Saturday, February 7, 2009

Tahniah Kepada Semua KIK UiTM Yang Menyertai Konvensyen IPTA ke-5 2009

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua Kumpulan Inovatif & Kreatif UiTM yang menyertai Konvensyen Peringkat IPTA ke-5 2009 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berlangsung pada 6 - 8 Febuari 2009 telah berjaya membolot lebih daripada separuh anugerah yang di pertandingkan dan sekaligus telah menjadi Johan Keseluruhan (Kumpulan KIK MySMART) dalam Konvensyen ini.

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat IPTA ke-5 tahun 2009 telah diadakan pada 7 Februari 2009 di Universiti Malaysia Sabah.

Konvensyen ini telah disertai oleh 20 kumpulan iaitu 13 kategori Pengurusan dan 7 kategori Teknikal.

UiTM telah menghantar 4 Kumpulan Inovatif & Kreatif iaitu:

1. Kump. PELANGI (Pejabat Pendaftar) - Kategori Pengurusan
2. Kump. SUARA (Pejabat Pendaftar) - Kategori Pengurusan
3. Kump. e-WAVE (PTAR) - Kategori Teknikal
4. Kump. MySMART (PTAR) - Kategori Teknikal

Bersama ini disertakan keputusan keseluruhan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat IPTA ke-5 tahun 2009 ini:-

Kategori Teknikal:

1.JOHAN: Kump. MySMART (PTAR, UiTM)
(WANG TUNAI RM3,000 + PIALA + SIJIL)

2. TEMPAT KEDUA: Kump. eWAVE (PTAR, UiTM)
(WANG TUNAI RM2,000 + PIALA + SIJIL)

3. TEMPAT KETIGA: Kump. PERMATA (USM)
(WANG TUNAI RM1,000 + PIALA + SIJIL)

Kategori Pengurusan:

1. JOHAN: Kump. SMART REG-O (UPM)
(WANG TUNAI RM3,000 + PIALA + SIJIL)

2. TEMPAT KEDUA: Kump. PELANGI (PEJABAT PENDAFTAR, UiTM)
(WANG TUNAI RM2,000 + PIALA + SIJIL)

3. TEMPAT KETIGA: Kump. TRIPLE B PIRAMID (USM)
(WANG TUNAI RM1,000 + PIALA + SIJIL)

JOHAN KESELURUHAN: Kump. MySMART (PTAR, UiTM)
(PIALA + SIJIL)

1. ANUGERAH FASILITATOR TERBAIK - EN. ARIFFIN JAMALUDDIN
- (PIALA + SIJIL) Kump. MySMART (PTAR, UiTM)

2. ANUGERAH INOVASI TERBAIK (Kategori Pengurusan) - Kump. SMART (UUM)
(PIALA + SIJIL)

3. ANUGERAH INOVASI TERBAIK (Kategori Teknikal) - Kump. eWAVE (PTAR, UiTM)
(PIALA + SIJIL)

4. ANUGERAH PERSEMBAHAN TERBAIK (Kategori Pengurusan) - Kump. SUARA (Pejabat Pendaftar)
(PIALA + SIJIL)

5. ANUGERAH PERSEMBAHAN TERBAIK (Kategori Teknikal) - Kump. ADVANCE (UKM)
(PIALA + SIJIL)

6. ANUGERAH KHAS: ANUGERAH INOVASI HARAPAN - Kump. SENTROMETER (UKM)
(PIALA + SIJIL)

TAHNIAH sekali lagi di ucapkan kepada semua pemenang.

Klik untuk link ke berita dari Utusan