Friday, May 3, 2013
Wednesday, April 17, 2013
Lawatan Sambil Belajar MRSM Terendak ke PTAR
Salam sejahtera.
PTAR telah menerima lawatan sambil belajar daripada MRSM Terendak seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 15 April 2013 (Isnin)
Masa : 11.00 pagi
Rombongan lawatan terdiri daripada 40 orang pelajar serta 2 orang guru pengiring. Tujuan lawatan adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pelajar tentang kemudahan dan perkhidmatan yang boleh didapati di PTAR. Rombongan dibawa melihat kemudahan-kemudahan di setiap aras perpustakaan dan diberi penerangan ringkas oleh Bahagian Perkhidmatan Rujukan.
Lawatan kerja daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke PTAR
PTAR telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada : Tarikh : 12 April 2013 (Jumaat) Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang Bilangan peserta : 30 orang (7 pustakawan dan 23 pembantu perpustakaan) Sehubungan itu, kerjasama daripada semua warga PTAR amat dihargai sepanjang sesi lawatan tersebut. Tujuan lawatan adalah untuk meninjau perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh PTAR, menambah pengetahuan dan berkongsi pengalaman mengenai perkembangan terkini dalam bidang perpustakaan dan maklumat.








