18 April 2024 | 9 Syawal 1445H


Pada hari Khamis yang lalu, Ketua Pustakawan UiTM, Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Y.A.D. Dato' Setia Profesor Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir bertempat di Pejabat Mufti Negeri Selangor.

Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli (Timbalan Ketua Pustakawan/Ketua Bahagian Korporat dan Kolaborasi) dan Encik Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad (Pembantu Pustakawan Tertinggi).

Dalam pertemuan ini, beberapa perkara yang telah dibincangkan, antaranya adalah:
1. Pembangunan koleksi digital Jawi Jabatan Mufti Negeri Selangor
2. Pembangunan sistem FAQ bagi Fatwa Guide dan Falaq Guide
3. Pembangunan Repositori Koleksi Jabatan Mufti Negeri Selangor
4. Perkongsian ilmu menerusi Bicara Ilmu@PTAR bersama Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor.

Ts. Haji Azizi, Puan Shahidatul Akhmam dan Encik Mohd Khairul Idzwan juga berpeluang melawat ke Maktabah (Pusat Sumber) Jabatan Mufti Negeri Selangor yang mengandungi 7,000 naskhah bahan.

Ribuan terima kasih diucapkan ke atas Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Y.A.D. Dato' Setia Profesor Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir diatas kesudian menerima kunjungan hormat dari PTAR.

Semoga semua perkara yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Insya-Allah.

Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Y.A.D. Dato' Setia Profesor Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir








Post a Comment

Terbaru Lebih lama