Taklimat Orientasi Perpustakaan bagi pelajar baharu Sarjana Muda e-PJJ/PLK sesi September 2014 telah berjaya dijalankan pada 16 Ogos 2014(Sabtu) jam 3.30 hingga 4.30 petang bertempat di Dewan Annex , UiTM Shah Alam. Seramai 245 orang pelajar baru terlibat di dalam program orientasi ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang mendaftar bagi kursus-kursus yang ditawarkan di UiTM Shah Alam.

Taklimat ini telah dijalankan oleh Puan Siti Rohayu Bt Mohamad Yusof dan dibantu oleh Encik Mohd Syazwan Bin Hamzah daripada Bahagian Perkhidmatan Akademik. Pengisian penting yang disampaikan kepada pelajar-pelajar baru ini adalah pengenalan kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak dan maklumat-maklumat penting berfokuskan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan kepada mereka.

Adalah diharapkan melalui sesi taklimat orientasi perpustakaan ini dapat membantu dan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar baru akan kepentingan dan peranan perpustakaan di dalam menyokong pembelajaran mereka sepanjang pengajian di UiTM.

Foto-foto sekitar Taklimat Orientasi Perpustakaan 











FACEBOOK:   https://www.facebook.com/library.uitm
TWITTER  :    https://twitter.com/ptaruitm
BLOG :           http://perpustakaanuitm.blogspot.com/
INSTAGRAM  
http://instagram.com/ptaruitm
Laman web rasmi perpustakaan  http://library.uitm.edu.my/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama