SHAH ALAM, 8 Oktober 2026 – Secawan kopi, sebuah buku dan perkongsian pengalaman menjadi pelengkap pengisian program Kopi & Buku sempena hari pertama Pesta Buku Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2026.
Program yang berlangsung di Dewan Muktamar, Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ini menampilkan dua tokoh keusahawanan, iaitu Encik Hamizan bin Zaini, CEO dan Pengasas Mil Express Logistic serta alumni Sarjana Muda Pemasaran UiTM, dan Prof. Madya Ts. Dr. Aida Firdaus Muhammad Nurul Azmi, Pengasas UNA Coffee dan Pengarah Urusan Fav Food Sdn. Bhd.
Sesi perkongsian dikendalikan oleh Dr. Amir Imran Zainoddin, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM.
Mengetengahkan pengalaman dunia keusahawanan, program ini membuka ruang untuk memahami bahawa kejayaan sesebuah perniagaan bukan hanya bergantung pada idea, tetapi turut memerlukan ilmu, ketekunan, kreativiti dan keberanian menghadapi cabaran.
Penganjuran dengan kerjasama Fakulti Pengurusan dan Perniagaan serta PTAR UiTM Cawangan Selangor ini memperlihatkan bagaimana perpustakaan dapat berperanan sebagai platform yang menghubungkan ilmu akademik dengan pengalaman sebenar industri.
Melalui Kopi & Buku, budaya ilmu terus diperluas melangkaui pembacaan kepada perkongsian pengalaman, pembangunan potensi diri dan pembentukan pemikiran keusahawanan.
Kerana setiap kejayaan bermula dengan ilmu, dan setiap pengalaman mempunyai kisah untuk dikongsi.
“Pembudayaan Ilmu, Memperkasa Komuniti”
Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1KHC5VQFbi/
Siaran ulangan: https://www.facebook.com/share/p/1KHC5VQFbi/

Catat Ulasan