PTAR@Ekspo Selangkah Ke UiTM 2010

Pada 13 dan 14 Mac 2010 yang lalu pihak PTAR telah bersama menjayakan Ekspo Selangkah Ke UiTM 2010. Universiti Teknologi MARA (UiTM) mempelawa lepasan SPM / STPM, lulusan Diploma dan mereka yang berhasrat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ke Ekspo Selangkah ke UiTM 2010. Ekspo tahunan ini diadakan untuk memberi maklumat terkini tentang pelbagai program dan kursus yang dilancarkan oleh UiTM. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah:

1. Pameran dan penerangan maklumat asas program-program akademik UiTM

2. Pameran hasil kerja pelajar

3. Penerangan prospek karier / profesion

4. Bimbingan dan kaunseling

5. Aktiviti sukan

6. Pameran kemudahan asas di kampus

Dimaklumkan bahawa booth PTAR telah berjaya memenangi "Booth terbaik kategori Institut, Pusat, Jabatan,Bahagian"di Ekspo Selangkah Ke UiTM 2010. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua AJK Ekspo Selangkah Ke UiTM 2010 serta kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Sekian, terima kasih.

b/p: Ketua Jabatan Pengurusan Pelanggan
Siti Fazlina Binti Mohamed Raffi
Pustakawan
Bahagian Perkhidmatan Pelanggan
Perpustakaan Tun Abdul Razak 1


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.