PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK DAN PERSATUAN PENTADBIR UiTM telah berkerjasama menganjurkan satu pameran dan slot ceramah bersama SURUHANJAYA PENCEGAH RASUAH MALAYSIA . Program ini dinamakan "1 Malaysia Perangi Rasuah".

Program ini akan berlangsung selama 2 minggu bermula dari 15 Mac hingga 26 Mac 2010 dan akan dirasmikan oleh Pendaftar UiTM, Dr Hjh Zahrah Mokthtar.

Maklumat dan aturcara program adalah seperti dilampiran. Penyertaan untuk slot ceramah adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat. Para peserta yang berminat boleh maklumkan kepada Biro Pembangunan Latihan Persatuan Pentadbir Puan Yusnita Mohamed Yusoff melalui email : noryus839@salam.uitm.edu.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it atau di talian 03-55443433.

Warga UiTM juga di pelawa untuk menyertai pertandingan menulis Esei yang bertajuk "Bersama Lakukan Perubahan, Perangi Rasuah" anjuran PTAR, SPRM dan Persatuan Pentadbir UiTM. Pertandingan ini dibuka kepada semua staf pentadbiran, akademik dan para pelajar UiTM. Keterangan lanjut boleh didapati dilampiran bawah iaitu di syarat-syarat pertndingan esei.

Sehubungan itu, semua ahli Persatuan Pentadbir UiTM adalah dijemput hadir terutama bagi Majlis Perasmian yang akan diadakan pada 15 Mac 2010, jam 3.00 petang bertempat di Aras 2, PTAR 1 / Ruang Legar Depan Galeri Permata.

Aturcara Majlis Perasmian
Aktiviti Program 15 - 26 Mac 2010
Syarat-syarat Pertandingan Esei Sempena Pameran

Post a Comment

Terbaru Lebih lama