Jabatan Pengurusan Jurnal & Pangkalan Data, PTAR telah menganjurkan Kursus Kemahiran Penggunaan Pangkalan Data Elektronik Perpustakaan UiTM pada 28-29 Jun 2010 (Isnin & Selasa).


Penganjuran kursus ini adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada para Pustakawan Shah Alam & Cawangan (terpilih sahaja) mempelajari lebih tentang fungsi, peranan dan penggunaan beberapa pangkalan data terpilih. Selain itu, tuan/puan juga dapat bertemu secara langsung dengan para pembekal Pangkalan data.


Kaedah kursus yang dijalankan adalah secara teori dan praktikal. Beberapa pangkalan data telah dipilih bagi mengisi program kursus iaitu pangkalan data Scopus, ISI Web of Knowledge, Datastream, LexisNexis Academic Universe dan IGI ebooks. Trainer adalah di kalangan pembekal produk seperti Elsevier, Thomson Reuters dan Access Dunia. Turut memberikan taklimat dan latihan nanti ialah Pustakawan PTAR sendiri.

Sasaran peserta kursus adalah kepada Serials & Reference Librarian .

Berikut adalah Objektif penganjuran kursus :
1. Memberi latihan secara teori dan praktikal kepada Pustakawan UiTM supaya mereka dapat membimbing pengguna mencari maklumat dengan cara yang lebih berkesan.

2. Mempelajari bagaimana pangkalan data elektronik dapat membantu pelanggan perpustakaan dalam pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan mereka.

3. Memahami kaedah dan strategi pencarian maklumat yang cekap dan berkesan.

4. Berupaya mengenalpasti dan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber elektronik.

5. Membina keyakinan diri dalam membimbing pelanggan supaya mampu menggunakan bahan dan perkhidmatan Perpustakaan dengan cekap, berkesan dan berdikari .




Pada hari tersebut juga dilancarkan Antaramuka Laman Web Online Database baru 2010 yang lebih ringkas dan mudah untuk digunakan oleh pengguna


Juga dilancarkan PUiTM Serial Union List



http://perpustakaanuitm.blogspot.com/

http://perpustakaanuitm.ning.com/video/antaramuka-laman-web-online

http://perpustakaanuitm.multiply.com/video/item/11/Antaramuka_Laman_Web_Online_Database_baru_2010

http://www.youtube.com/perpustakaanuitm

Post a Comment

Terbaru Lebih lama