Jabatan Pengurusan Jurnal & Pangkalan Data, PTAR akan menganjurkan Kursus Kemahiran Penggunaan Pangkalan Data Elektronik Perpustakaan UiTM pada 28-29 Jun 2010 (Isnin & Selasa). Penganjuran kursus ini adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada para Pustakawan Shah Alam & Cawangan (terpilih sahaja) mempelajari lebih tentang fungsi, peranan dan penggunaan beberapa pangkalan data terpilih. Selain itu, tuan/puan juga dapat bertemu secara langsung dengan para pembekal Pangkalan data. Kaedah kursus yang dijalankan adalah secara teori dan praktikal. Beberapa pangkalan data telah dipilih bagi mengisi program kursus iaitu pangkalan data Scopus, ISI Web of Knowledge, Datastream, LexisNexis Academic Universe dan IGI ebooks. Trainer adalah di kalangan pembekal produk seperti Elsevier, Thomson Reuters dan Access Dunia. Turut memberikan taklimat dan latihan nanti ialah Pustakawan PTAR sendiri. Sasaran peserta kursus adalah kepada Serials & Reference Librarian . Berikut adalah Objektif penganjuran kursus :
|
Catat Ulasan