Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang dan Perpustakaan Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang akan menganjurkan Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah-sekolah Menengah Felda Negeri Pahang sempena program Mengubah Destini Anak Bangsa peringkat Perpustakaan Tun abdul Razak pada 18 - 20hb Mei 2010 di Hotel Seri Malaysia Kuantan Pahang. Seramai 150 orang guru penyelaras Pusat Sumber Sekolah-sekolah Menengah Felda Negeri Pahang akan menyertai bengkel ini dimana 7 kertas kerja akan dibentangkan dan sesi bengkel akan dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator yang berpengalaman.
Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah-sekolah Menengah Felda Negeri Pahang ini akan dirasmikan oleh Pengarah Kampus UiTM Pahang, Y. Hormat Prof Madya Dato' Dr. Hj Hilmi B. Ab Rahman. Semoga penganjuran bengkel kali ke 14 ini dapat memenuhi objektifnya dan berlangsung dengan jayanya. Selamat berbengkel
http://library.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&task=view&id=233&Itemid=266
Catat Ulasan