Sukacita dimaklumkan Institut Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) UiTM, Jabatan Muzium Negara bersama Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM akan mengadakan Pameran Yang Tidak Dicanang seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 6 Januari 2011 - 31 Januari 2011
Tempat : Aras 2, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam
Masa : 8.30 pagi - 9.45 malam
Pameran ini akan memaparkan secara umum sumbangan dan pengorbanan tokoh-tokoh individu dalam perjuangan menuju ke arah kemerdekaan 1957 dan pembentukan Malaysia 1963. Antara tokoh-tokoh yang di ketengahkan adalah mereka yang memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat negara ini sebelum dan selepas kemerdekaan sama ada dalam bentuk keselamatan negara ataupun perjuangan politik dan sosial.
Jasa mereka sebagai wira di belakang tabir dan tidak begitu terkenal di mata rakyat Malaysia kini akan diangkat dalam Pameran Wira Tak Dicanang ini. Untuk makluman, pameran ini juga bersempena dengan Seminar Perdana: Perpaduan Asas Pembangunan Bangsa yang akan berlansung di Dewan Sri Budiman pada 6 Januari 2011.
Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput semua warga UiTM untuk berkunjung ke tapak pameran Perpustakaan Tun Abdul Razak bagi menyaksikan pameran tersebut.

Catat Ulasan