Program Usahasama Perkongsian Maklumat (CIS) Siri 1: Kewangan



Majlis Perasmian Program Usahasama Perkongsian Maklumat (CIS) Siri 1: Kewangan anjuran Perpustakaan Pengurusan Perniagaan dan Perpustakaan Undang-Undang PTAR 2 dengan kerjasama Pusat Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management Centre) Bank Negara Malaysia, The Malaysian Insurance Institute (MII), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Maklumat program adalah seperti ketetapan berikut:-
Tarikh            : 6 Jun 2012 (Rabu)
Tempat          : Perpustakaan Pengurusan Perniagaan PTAR 2
Masa              : 8.30 pagi – 1.00 petang

Antara objektif program ini adalah untuk memperkenalkan Pusat Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management Centre) Bank Negara Malaysia, The Malaysian Insurance Institute (MII) sebagai sumber rujukan alternatif bagi menyokong pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Objektif program ini juga adalah untuk meningkatkan keberkesanan diseminasi maklumat mengenai pengurusan kewangan berhemah melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) secara langsung dan terkini.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang berlangsungnya pameran ini. Antaranya ialah:
1.    Sesi Perkongsian Maklumat bersama Permodalan Nasional Berhad (PNB)
2.    Sesi Perkongsian Maklumat bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
3.    Sesi Perkongsian Maklumat bersama Pusat Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management Centre) Bank Negara Malaysia
4.    Sesi Perkongsian Maklumat bersama The Malaysian Insurance Institute (MII)
5.    Booth Permodalan Nasional Berhad (PNB)
6.    Booth Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
7.    Booth Pusat Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management Centre) Bank Negara Malaysia
8.    Booth  The Malaysian Insurance Institute (MII)
9.    Aktiviti permainan:
·         Suai Padan Maklumat Mata Wang Negara-Negara
·         Suai Padan Maklumat Perpustakaan
·         Saidina
·         Dam Ular
·         Jigsaw Puzzle
Tuan/puan adalah dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi program ini yang akan berlangsung selama 2 hari bermula 6 – 7 Jun 2012.
Untuk makluman, kehadiran staf UiTM pada majlis perasmian dan sesi perkongsian maklumat akan diambil dan akan dimasukkan ke dalam jam latihan tuan/puan. Para pelajar  yang hadir ke sesi perkongsian maklumat akan diberi kupon aktiviti.


http://library.uitm.edu.my

































http://library.uitm.edu.my/ptar2/
Posted via email from perpustakaanuitm's posterous

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.