Dimaklumkan Bhg. Jurnal dan Pangkalan Data akan menganjurkan Bengkel Kemahiran Penggunaan Sumber Elektronik Perpustakaan UiTM 2012 - Zon Timur di Perpustakaan UiTM Cawangan Terengganu (selaku tuan rumah) pada 19-20 Jun 2012 ini.
Undangan peserta adalah dari gred S17 hingga gred S44 dari Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang, Terengganu dan Kelantan (Zon Timur).
Pegawai PTAR yang terlibat di dalam penganjuran bengkel ini adalah :
1. Puan Nurul Diana Jasni
2. Encik Ahmad Faizar Jaafar
3. Puan Siti Rohayu Mohamad Yusof
OBJEKTIF BENGKEL DIADAKAN ADALAH:
1. Memberi latihan secara teori dan praktikal kepada Pustakawan UiTM supaya mereka dapat membimbing pengguna mencari maklumat dengan cara yang lebih berkesan.
2. Mempelajari bagaimana pangkalan data elektronik dapat membantu pelanggan perpustakaan dalam pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan mereka.
3. Memahami kaedah dan strategi pencarian maklumat yang cekap dan berkesan.
MATLAMAT UTAMA BENGKEL :
Memantapkan kemahiran maklumat Pustakawan dan Pembantu Perpustakaan melalui penggunaan pelbagai pangkalan data serta sumber elektronik perpustakaan.
IMPAK BENGKEL :
a. Menambah keyakinan diri Pustakawan dan Pembantu Perpustakaan apabila berdepan dengan pengguna yang memerlukan tunjuk ajar dan khidmat nasihat rujukan.
b. Menyumbang kepada pertambahan penggunaan perkhidmatan sumber elektronik di kalangan pelajar, pensyarah dan penyelidik UiTM
Sekian, untuk makluman semua.
Posted via email from perpustakaanuitm's posterous
Catat Ulasan