FOTO 3 PROGRAM CSR –TAUTAN KASIH PPUiTM, PTAR, WJC Bikers di Rumah Penyayang Bestari

sambungan dari Foto 2....

YB Tuan Hj Hasiman Sidom, ADUN Morib ketika melancarkan program ini amat menyambut baik usaha PPUiTM mencadangkan supaya  dikembangkan lagi penglibatan di kalangan belia untuk memupuk jiwa murni dan rasa tawadhu’ terhadap nikmat aman dan kemakmuran negara dalam merealisasi Wawasan 2020. Majlis pelancaran disusuli dengan penyerahan barang keperluan harian, pakaian dan wang tunai berjumlah RM9,060.00 daripada peserta Program CSR; TAUTAN KASIH kepada pengurusan Rumah Penyayang Bestari.

Bukit Jugra, di tepi selat,
buat pedoman, kapal belayar;
sumbangan kami, hanya sedikit,
harap diterima, tak perlu dibayar.

Masjid Jugra, sejuk nyaman,
Istana Jugra, warisan negeri;
kami terima, semua sumbangan,
kami bayar dengan hati dan budi 

Hati berkata, mulut menyebut,
sama bersalam, bersopan lalu;
kedatangan tuan/puan, kami sambut,
usah sekali, datanglah selalu.

Program CSR ini akan berterusan selama 3 bulan untuk
menaik taraf pusat sumber, melukis mural dan siri program bijak belajar  sehingga  akhir November 2012.

Tahniah dan syabas kepada WJC, ABCM, Mahasiswa PERKASA, TV3, Kenny Rogers Roasters Delivery dan AGhaffur’s Murtabak .  Juga kepada semua ahli dan Exco PPUiTM, pengurusan Rumah Penyayang Bestari, para penaja/penyumbang serta orang perseorangan yang sama-sama menjayakan Program CSR TAUTAN KASIH PPUiTM kali ini.

 

 

Posted via email from perpustakaanuitm's posterous

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.