Ketua Pengarah dan Pengurusan PNM dibawa melawat sekitar PTAR Utama selepas taklimat diberi oleh Ketua Pustakawan di Bilik Seminar.
Lawatan ini adalah sebagai lawatan balas yang telah dilakukan oleh delegasi Ketua Pustakawan UiTM, En. Noor Hidayat Adnan sempena lawatan Jalinan Mesra Ke Perpustakaan Negara Malaysia pada 21 Mei 2012 yang lalu.
Antara intipati lawatan ini adalah untuk mengadakan serta memperkukuhkan jalinan hubungan Perpustakaan UitM (PTAR) dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Disamping itu lawatan ini turut membincangan kerjasama yang boleh dipraktikkan serta dipertingkatkan dalam usaha memartabatkan kerjaya kepustakawanan dimata dunia serta mengadakan perkongsian pintar terhadap koleksi perpustakaan dan aktiviti galakan membaca.
Catat Ulasan