Akan datang: Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia 2013


Seminar yang akan berlangsung selama 3 hari ini merupakan satu platform bagi mengumpul para pustakawan IPTA/IPTS di Malaysia untuk memperoleh dan berkongsi ilmu serta input terkini dalam memperkasa bidang pustakawan dan perkhidmatan perpustakaan. Justeru itu, seminar anjuran Jawatankuasa Tetap Perpustakaan
Akademik 2012/2014 dengan kerjasama Persatuan Pustakawan Malaysia kali ini diharapkan mampu memberi input berharga dalam penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan bermutu bagi memenuhi kehendak pelanggan. Melihat kepada perkembangan perpustakaan sebagai pusat kecemerlangan yang berperanan besar dalam aspek pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan penyebaran maka pustakawan perlu mempertingkatkan profesionalisme pustakawanan melalui penyerapan pelbagai maklumat yang terkini dan relevan. Pengisian seminar kali ini diharapkan mampu meningkatkan lagi penguasaan ilmu pengetahuan melalui perkongsian maklumat sebagai strategi dalam penyebaran maklumat yang berkesan.

OBJEKTIF

  • Menyediakan platform kepada seluruh profesion pustakawan untuk penyebaran maklumat, strategi dan pengalaman dalam mencapai kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan.
  • Membina, memperluas dan memperkasa jaringan pustakawan serta kolaborasi perpustakaan seluruh Malaysia.
  • Perkongsian amalan terbaik perpustakaan yang boleh dilaksanakan dalam peningkatan mutu perkhidmatan dan pengurusan.
  • Membudayakan penyelidikan dan inovasi dalam kalangan pustakawan

Tarikh : 25 - 27 Ogos 2013
Tempat : Mahkota Hotel, Melaka



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.