Majlis Perjumpaan Pegawai Perhubungan Perpustakaan Bersama Pegawai Perhubungan Fakulti/Bahagian/Pusat

 

Tarikh : 18 Jun 2013 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 4.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, Perpustakaan Tun Abdul Razak (Utama)




Alhamdulillah Program Majlis Perjumpaan Pegawai Perhubungan Perpustakaan telah pun selamat dilaksanakan dengan jayanya pada 18  Jun 2013 (dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang). Antara objektif 
majlis tersebut diadakan adalah untuk: 
  •   Memberi makluman mengenai perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang disediakan
  •   Memberi makluman tentang pembangunan bahan dan koleksi perpustakaan serta penambahbaikan yang dilakukan.
  • Mempertemukan dan memperkenalkan Pegawai Perhubungan Perpustakaan kedua-dua belah pihak
  • Menjalin hubungan yang lebih erat di antara pihak Fakulti, Bahagian dan Pusat dengan perpustakaan.


Di sini, kami bagi pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak  ingin merakamkan  jutaan terima kasih kepada semua yang menghadiri program ini. Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada urusetia dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Kami juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan yang dilakukan secara sengaja atau tidak sepanjang program ini dijalankan.

Akhir kata, adalah diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat memberi manfaat sekaligus mencapai objektif yang telah disasarkan.  Disertakan  gambar  sepanjang program tersebut berlangsung.
























Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.