Pada 4-6 Julai 2013, satu Bengkel Pengkatalogan & Pengkelasan untuk Guru Pusat Sumber seluruh Pulau Pinang 2013 sempena Program Ilmu Mengubah Destini (IMD) telah berlangsung di Hydro Hotel, Pualu Pinang. Bengkel ini adalah anjuran bersama Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam, Perpustakaan UiTM Kampus Pulau Pinang dan Bahagian Teknologi Pendidikan Pulau Pinang. Objektif bengkel tersebut adalah seperti berikut:

  • Mentadbir dan mengurus Pusat sumber sesuai dengan keperluan kurikulum sekolah dengan lebih efektif lagi.· Pentadbiran dan pengurusan Pusat Sumber di laksanakan dengan cara yang professional berdasarkan piawaian-piawaian yang ada.
  • Meningkatkan keupayaan merancang aktiviti-aktiviti dan program di Pusat sumber sekolah dengan berkesan dan berfaedah kepada warga sekolah.
  • Membolehkan guru penyelaras Pusat sumber menghidupkan suasana Pusat Sumber bagi menarik perhatian semua pengguna dan untuk melaksanakan proses pengajaran di sekolah.
  • Membolehkan guru penyelaras Pusat sumber memproses bahan pusat sumber seperti mengkatalog dan mengkelas. 
Laporan bengkel tersebut juga boleh didapati di akhbar Kosmo! Kosmo! Online - Komuniti Kita

Berikut disertakan gambar-gambar sekitar pengisian bengkel 3 hari tersebut di https://www.facebook.com/media/set/set=a.297137210433145.1073741829.101617146651820&type=1












Post a Comment

Terbaru Lebih lama