PTAR berbesar hati menerima tetamu-tetamu dari beberapa institusi sepanjang minggu lepas. Antaranya adalah dari Akreditasi SUG oleh Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT). Panel penilai daripada Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) terdiri daripada Sr. Ahmad Fauzi Nordin (Timbalan Ketua Pengarah JUPEM - Ketua Panel), Sr. Dr. Teng Chee Hua (Pengarah Ukur Kadaster JUPEM), Prof Madya Mohamad Nor Saad (Timbalan Dekan Fakulti Geoinformasi Harta Tanah UTM). Lawatan pada 26 September 2013 yang lalu, jam 2.30 petang telah diiringi oleh beberapa pegawai dari PTAR. Antaranya, Pn.Faridah Talib, Pn.Khasiah Zakaria, Pn.Noormala Maarof, Pn.Mariah Baharudin serta diiringi Prof Madya Dr. Mohd Halmi Kamarudin (Ketua Program Jabatan Sains Ukur Geomatik). Rombongan panel penilai telah dibawa melawat bahan yang berkaitan dengan bidang sains ukur geomatik yang terdapat di PTAR.



Album penuh lawatan boleh dilayari di https://www.facebook.com/media/set/?set=a.344890285657837.1073741837.101617146651820&type=3


Seterusnya, PTAR turut menerima lawatan penanda aras dari Unit Perpustakaan IPG, Kampus Ipoh, Hulu Kinta Perak pada 1 Oktober 2013 yang lalu.Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat serta meninjau perkhidmatan pengurusan perpustakaan dan proses kerja yang dilaksanakan di PTAR terutamanya di dalam bidang Repositori dan Imbangan Bahan. Rombongan hadir jam 2.30 petang disertai  40 orang (4 pegawai pengiring yang terdiri daripada Ketua Unit Perpustakaan, Pustakawan dan Pembantu Perpustakaan berserta dengan 36 orang pelajar IPG yang menjadi Kelab Rakan Perpustakaan). Antara pegawai PTAR yang hadir meraikan rombongan adalah En.Nik Lokman Nik Ismail, En. Jamalluddin Sulaiman, En. Mohd Fahizan Hamid, Pn. Siti Salwa A.Rahman dan Pn. Zuhaslinda Sulaiman.



Album penuh lawatan boleh dilayari di https://www.facebook.com/media/set/?set=a.344894215657444.1073741838.101617146651820&type=3&uploaded=87

Post a Comment

Terbaru Lebih lama