SHAH ALAM, 15 Oktober 2026 – Jabatan Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Sihabudin bin Che Ishak@Ramli, Pembantu Pustakawan Kanan, Bahagian Arkib Universiti, Jabatan Perpustakaan UiTM, sempena pertukaran beliau ke UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun, berkuat kuasa pada 15 Oktober 2026 (Khamis).
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di Jabatan Perpustakaan UiTM, segala komitmen, dedikasi dan sumbangan yang diberikan amat dihargai, khususnya dalam mendukung peranan Bahagian Arkib Universiti sebagai pusat pemeliharaan khazanah sejarah dan warisan institusi.
Pertukaran ini bukan sekadar membuka lembaran baharu dalam perjalanan kerjaya, malah menjadi peluang untuk terus menyumbang kepakaran, pengalaman dan khidmat bakti dalam memperkukuh kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan di UiTM Cawangan Terengganu.
Ketua Pustakawan dan seluruh warga Perpustakaan UiTM mendoakan agar beliau terus dikurniakan kesihatan, kejayaan serta dipermudahkan segala urusan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab di penempatan baharu.
Selamat maju jaya dan terima kasih atas segala jasa serta bakti yang telah dicurahkan.
Jauh di mata, dekat di hati. Jasa dikenang, bakti disanjung.
Ikhlas daripada Ketua Pustakawan dan Seluruh Warga Perpustakaan UiTM.
Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1EX2dpzKWY/

Catat Ulasan