Audit Bilangan 2/2014 telah diadakan  dengan jayanya pada 23 - 24 September 2014.  Puan Baimah Bujang, Pustakawan Kanan Perpustakaan Pengurusan Undang selaku Ketua Sistem Audit telah memberi penerangan ringkas di Majlis Pembukaan Audit berkaitan perjalanan Audit pada kali ini kepada semua auditor dan auditee, bertempat di Bilik Seminar PTAR Utama.

Audit Bil.2/2014 dibarisi seramai 28 Auditor Dalam Perpustakaan  yang terdiri daripada 16 orang Auditor sedia ada  dan 12 orang perantis. Perantis yang terlibat merupakan staf perpustakaan yang telah lulus menjalani latihan dan kursus audit dalam yang telah diadakan, dan mereka diberi peluang untuk mendapat pengalaman dan kemahiran berkenaan dengan proses audit yang dijalankan.


Puan Baimah Bujang (Ketua Sistem Audit Dalam PTAR 2013/2014)

Ucapan pembukaan Majlis Audit Bil.2/2014 oleh En.Jamalludin Sulaiman (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan) selaku wakil pengurusan PTAR

Skop Audit Bil.2/2014 adalah perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang disediakan untuk memenuhi keperluan pelanggan. Pelaksanaan Audit melibatkan 3 bahagian utama iaitu:

i)   Bahagian 1- PTAR Utama
ii)  Bahagian 2- Perpustakaan Kejuruteraan TAR
iii) Bahagian 3- Semakan penemuan Audit Bil.1/2014 dan Surveillance 2 (Perpustakaan Alam                              Bina Tun Abdul Razak)

Sekitar Proses Audit di PTAR
Komitmen Pengurusan
Jabatan Pembangunan Sumber Elektronik

Bahagian Perkhidmatan Akademik
Bahagian Pengurusan Pelanggan
Bahagian Perpustakaan Digital
Secara keseluruhan, proses audit berjalan dengan lancar di semua bahagian dan laporan penemuan telah dibentangkan oleh Ketua Sistem Audit di Majlis Penutup Audit Dalam Bil.2/2014 pada 24 September 2014, jam 3.00 petang.


Aturcara Audit Dalam Bil.2/2014


Artikel oleh : Puan Nor Azwani Mohamad (Pustakawan, Bahagian Kompetensi dan Korporat)

follow us 

FACEBOOK:   https://www.facebook.com/library.uitm
TWITTER  :    https://twitter.com/ptaruitm
BLOG :           http://perpustakaanuitm.blogspot.com/
INSTAGRAM  
http://instagram.com/ptaruitm
Laman web rasmi perpustakaan  http://library.uitm.edu.my/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama