Shah
Alam, 13 Ogos – Program “Wacana Hakcipta dan Harta Intelek” berhasil memberikan
satu pendedahan yang berguna kepada warga kerja Perpustakaan di dalam mengenalpasti,
menilai dan menjaga setiap hasil penulisan yang diserahkan sebagai satu bentuk
aset yang bernilai.
Program
ini yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) adalah merupakan
salah satu inisiatif perpustakaan dalam memberi pengetahuan kepada warga kerja
PTAR terutamanya Puastakawan mengenai hakcipta dan harta intelek di dalam
konteks perpustakaan dalam memudahkan proses operasi harian.
Program
yang berlangsung selama dua hari ini dan bertempat di dewan kuliah Perpustakaan
Pengurusan Perniagaan telah dirasmikan oleh Ketua Pustakawan UiTM iaitu Encik
Noor Hidayat Adnan manakala taklimat berkenaan tajuk yang dipilih dikendalikan
oleh dua orang penceramah yang berpengalaman di dalam bidang undang-undang
terutamanya Akta Hakcipta dan Harta Intelek.
Ucapan Perasmian oleh Ketua Pustakawan PUiTM |
Dua
orang penceramah yang dijemput khas untuk menyampaikan taklimat berkenaan
adalah Profesor Madya Dr. Nazura Abdul Manap dan Profesor Madya Rohazar Wati
Zuallcobley. Profesor Madya Dr Nazura Abdul Manap yang menyampaikan taklimat
beliau pada hari yang pertama adalah merupakan seorang pensyarah undang-undang
siber di Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM).
Profesor Madya Dr. Nazura Abdul Manap |
Dalam
ceramah tersebut, beliau telah menyampaikan maklumat dan informasi tentang peri
pentingnya mengetahui tentang undang-undang harta intelek, undang-undang
hakcipta, isu hakcipta dalam transaksi perpustakaan, isu hakcipta dalam unit
media perpustakaan dan hakcipta dalam transaksi pinjaman antara perpustakaan kepada
warga kerja PTAR agar sentiasa peka dan
mengambil berat tentang hasil penulisan yang diserahkan.
Profesor Madya Rohazar Wati Zuallcobley |
Program yang diadakan ini dilihat mampu memberi pengetahuan tambahan kepada peserta program yang rata-ratanya terdiri daripada pustakawan daripada pelbagai jabatan dan perpustakaan fakulti dalam penghasilan karya dan bagaimana karya tersebut dilindungi dengan akta hakcipta yang telah tersenarai dan termaktub.
Artikel oleh : En. Nik Lokman Nik Ismain (Pustakawan Bahagian Kompetensi dan Korporat)
follow us
FACEBOOK: https://www.facebook.com/library.uitm
TWITTER : https://twitter.com/ptaruitm
BLOG : http://perpustakaanuitm.blogspot.com/
INSTAGRAM http://instagram.com/ptaruitm
Laman web rasmi perpustakaan http://library.uitm.edu.my/
TWITTER : https://twitter.com/ptaruitm
BLOG : http://perpustakaanuitm.blogspot.com/
INSTAGRAM http://instagram.com/ptaruitm
Laman web rasmi perpustakaan http://library.uitm.edu.my/
Catat Ulasan