18 Disember 2014
Pada 18 dan 19 Disember 2014 lalu telah diadakan operasi Gotong Royong Perdana di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Universiti Teknologi MARA. Gerakan gotong royong ini dimeriahkan dengan lawatan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara Shah Alam iaitu Tan Sri Dato' Sri Prof.Ir.Dr.Sahol Hamid Abu Bakar, FASc. Dalam kunjungan beliau sewaktu program gotong-royong perdana ini berlangsung, Tan Sri Dato' Sri Prof.Ir.Dr.Sahol Hamid Abu Bakar sempat melihat kerja-kerja mengecat dan 5s serta beramah mesra bersama warga PTAR.

Ketibaan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara Shah Alam iaitu Tan Sri Dato' Sri Prof.Ir.Dr.Sahol Hamid Abu Bakar, FASc











Program gotong-royong  ini adalah bertujuan untuk membudayakan amalan kerjasama di kalangan warga kerja PTAR ini disambut baik dengan penglibatan kesemua jabatan dan bahagian dalaman Perpustakaan Tun Abdul Razak dan Perpustakaan fakulti, Amalan gotong-royong ini bukanlah sekadar amalan sampingan, sebaliknya ia merupakan agenda dan rutin budaya kerja berkualiti melalui komitmen produktiviti yang berterusan oleh warga kerja PTAR.

















Pada hari pertama program gotong royong ini berlangsung, warga PTAR giat mengasigkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan mengkelaskan barang tersebut dalam kategori yang sepatutnya. Selain dari aktiviti mengecat semula pejabat, lantai dibersihkan dengan rapi supaya tiada habuk.








19 Disember 2014
Seawal pagi dapat dilihat rata-rata warga PTAR sibuk dengan komitmen untuk menyambung tugas masing-masing. Ternyata, aktiviti gotong-royong ini dapat memupuk nilai-nilai murni di kalangan warga PTAR untuk memelihara taraf kebersihan pejabat.  Terbukti aktiviti gotong-royong ini juga boleh merapatkan hubugan warga kerja sesama sendiri.
Semoga dengan perubahan persekitaran Perpustakaan Tun Abdul Razak pada penghujung tahun 2014 ini dapat memberi semangat kerja yang jitu kepada warga PTAR untuk tahun yang akan datang!

















Post a Comment

Terbaru Lebih lama