Program Xplorasi Perpustakaan Tun Abdul Razak  telah berlangsung selama 2 hari bermula 9-10 Disember 2014. Program Xplorasi 2014 ini telah dirasmikan oleh Ketua Pustakawan Universiti Teknologi Mara, iaitu Encik Noor Hidayat Adnan. 

Upacara perasmian oleh Ketua Pustakawan , Encik Noor Hidayat Adnan




Persembahan daripada pelajar Fakulti Muzik UiTM Shah Alam

09 Disember 2014
Kehadiran pengunjung sewaktu program dan aktiviti dijalankan adalah sangat memberangsangkan. Rata-rata pengunjung mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan oleh PTAR dengan penuh komitmen. Antara aktiviti program Xplorasi adalah terdiri daripada Pameran oleh jabatan, Pesta buku, Fun Games, Info Hunt : Knowing your library, Busking, Peraduan teka berat buku dan Explorace. Sepanjang 2 hari berlangsung, pengunjung disajikan dengan booth pameran dan aktiviti oleh jabatan yang telibat, antaranya booth pangkalan data PTAR dan booth Bahagian PTAR.


Antara Jabatan dan booth yang menganjurkan aktiviti sempena Hari Xplorasi :

Booth Bahagian Perkhidmatan Akademik Perpustakaan Tun Abdul Razak

Booth anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)

Booth Bahagian Pengurusan Repositori Institusi & Imbangan Bahan

Booth Bahagian Pembangunan Sumber Bercetak


Antara booth jualan makanan


Antara booth Pesta Buku pada hari tersebut

Para perserta Xplorace bersedia untuk melakukan larian

Antara aksi peserta sewaktu aktiviti Library Xplorace sedang dijalankan


Turut diadakan ceramah Read Aloud yang bertujuan untuk memupuk minat pembaca terhadap bahan bercetak melalui teknik pembacaan . Ceramah yang berlangsung dalam suasana santai dan penuh ceria ini dikendalikan oleh Puan Suraya Hj Ariffin A.M.P, iaitu pustakawan dari Perpustakaan Perbadanan Awam Negeri Perak. Pada hari berikutnya diadakan Bengkel Penulis Muda oleh Kumpulan Media Karangkraf & Ilham Grup Buku yang bertujuan untuk melahirkan bakat baru dari platform maya.

Ceramah Read Aloud yang disampaikan oleh Puan Suraya Hj Ariffin A.M.P

Beberapa peserta yang mengambil bahagian dalam ceramah Read Aloud tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama penceramah

Bengkel Penulis Muda oleh Editor Web dari Kumpulan Karangkraf

Peserta Bengkel Penulis Muda mengabadikan kenangan bersama Puan Faridah Talib dan Editor Web dari Kumpulan Karangkraf iaitu Cik Shahida dan Cik Faizura nadia


10 Disember 2014
Ternyata kesemua aktiviti dan program yang berlangsung sepanjang 2 hari ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari kesemua pengunjung yang terdiri daripada pelajar UiTM, para staff UiTM dan pengunjung dari luar. Program  ini telah melabuhkan tirainya dengan aktiviti penyampaian hadiah kepada semua pemenang pada 10 Disember 2014. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Ketua Timbalan Pustakawan iaitu Puan Faridah Talib.

Sesi penyampaian hadiah oleh Ketua Timbalan Pustakawan :

Pemenang pertandingan Instagram Click It to win oleh BERNAMA

Pemenang pertandingan Teka Berat Buku

Pemenang pertandingan Info Hunt : Knowing Your Library


Juara keseluruhan untuk pertandingan Library Xplorace

Pemenang  Kategori Sorakan/Cheers paling menarik

Pemenang hadiah khas bagi booth Bahagian Terbaik

Antara staf yang menjadi tulang belakang untuk Program Xplorasi 2014


Diharapkan Perpustakaan Tun Abdul Razak dapat menganjurkan lagi program seumpama ini pada masa hadapan.






Post a Comment

Terbaru Lebih lama