Tarikh : 27/02/2015
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi - 9.00 pagi 
Tajuk Tazkirah : Tarbiyah hati
Penceramah : Ustaz Hanafi Hamdani


Tazkirah pada bulan Februari 2015 mengupas tentang isu "Tarbiyah Hati". Penceramahnya, Ustaz Hanafi Hamdani memberi penyampaian yang cukup berkesan pada majlis ilmu yang berlangsung selama satu jam tersebut. Menurut beliau, tarbiyah adalah Imanubillah (Beriman dengan hari Akhirat). Tema ini akan terus ditekankan, difokuskan dan diutamakan dalam membentuk keperibadian mukmin yang tunduk dan patuh kepada sistem aturan Allah (SWT).

Menurut beliau juga, setiap individu perlu fokus dengan Tazkiyatun Nafs (Penyucian jiwa). Antara unsur-unsurnya adalah taubat, mengingat mati dan takut dengan azab api neraka. Ustaz Hanafi berpesan, proses Tazkiyatun Nafs ini melalui taubat dan memberikan ancaman-ancaman berkaitan azab neraka. Peserta diingatkan, hati perlu ditubi-tubi dengan amal soleh, amal kebaikan dan cahaya kebersihan Ma'aruf. Simbahan cahaya kebaikan inilah menjadikan ia kembali bersih, jernih, putih dan segar. Jika tiada bentuk tubian sebegini, hati mudah terlalai, leka, lupa dan alpha.







Post a Comment

Terbaru Lebih lama