Perpustakaan Tun Abdul Razak telah menyertai pameran yang diadakan di ruang legar Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) bermula 18 mac hingga 20 mac 2015.
Tujuan pameran ini dibuka adalah bagi memberi pendedahan mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di PTAR kepada umum. Pameran ini merupakan satu inisiatif bagi menghargai pembangunan serta transformasi perkembangan ilmu warga PTAR. Dengan adanya pameran seperti ini, para pengunjung yang terdiri dari segenap lapisan warga UiTM dapat menghargai ilmu dan maklumat yang telah disediakan oleh PTAR seiring dengan misi utama UiTM iaitu untuk menjadi sebuah Universiti bertaraf dunia ke arah kecemerlangan akademik yang berterusan.
Catat Ulasan