Bahagian Pengurusan Perpustakaan Digital (BPPD), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah menganjurkan Kursus Adobe Indesign (Asas) pada 19 - 21 Mei 2015 yang lalu. Maklumat kursus adalah seperti berikut :

Tarikh : 19 – 21 Mei 2015 (Selasa – Khamis)
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat : Pusat IT, PTAR 1, UiTM Shah Alam
Sasaran : Staf Kumpulan P&P & Pelaksana PUiTM


Kursus asas Adobe InDesign yang diadakan di Pusat IT PTAR 1 ini telah dihadiri oleh seramai 30 orang peserta. Penceramahnya, Tuan Haji Jasni Ghani adalah merupakan Penolong pegawai teknologi maklumat di UiTM Shah Alam. Sepanjang kursus tersebut berlangsung selama tiga hari, penceramah turut dibantu oleh Encik Mohd Paizal Usman dari PTAR selaku fasilitator.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk :

a) Untuk memberi kefahaman dan kemahiran mengenai Adobe InDesign peringkat Asas.

b) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan Adobe InDesign dengan versi yang terkini.

c) Memberi peluang kepada staf untuk menjadi lebih kreatif dalam mengendalikan Adobe InDesign.

d) Mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam penggunaan Adobe InDesign.


19 Mei 2015










20 - 21 Mei 2015










Post a Comment

Terbaru Lebih lama