Lawatan Penandaarasan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Gombak ke PTAR


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Gombak telah mengadakan satu lawatan penandaarasan  ke Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam pada hari Selasa bersamaan 18 Ogos 2015. Lawatan yang dihadiri oleh pustakawan dari Bahagian Perkhidmatan Informasi, UIAM ini bermula seawal jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Bertempat di Bilik Mesyuarat PTAR,  Pn. Asmah Maarof selaku Ketua Bahagian Perkhidmatan Akademik telah memberikan penerangan dan taklimat bagi tujuan tersebut.

Lawatan yang diwakili oleh 10 orang pegawai perpustakaan UIA ini adalah bertujuan untuk mempelajari dan berkongsi maklumat tentang sistem eborang dan juga "Chat with Librarian" di dalam merekodkan pertanyaan rujukan harian yang dikendalikan di Perpustakaan UiTM. Selain daripada itu delegasi ini juga telah mengadakan lawatan singkat ke seluruh bahagian di PTAR.
























Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.