Tarikh : 18 -19 Ogos 2015
Hari : Selasa & Rabu
Tempat : Bilik Seminar, PTAR
Masa : 8.30 Pagi - 5.00 Petang
Makmal ini bertujuan untuk membangunkan perancangan
strategik Perpustakaan UiTM yang meliputi 41 buah Perpustakaan. Hasil bengkel
ini akan menghasilkan projek insiatif yang bakal dijalankan bagi tempoh 5 tahun
iaitu 2016 hingga 2020.
Di samping itu, ianya bertujuan
untuk memperkukuhkan operasi dan prestasi perkhidmatan PUiTM yang strategik
berdasarkan hala tuju, visi dan misi universiti seperti yang digariskan di
dalam RMKe 11 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Objektif
1. Merangka objektif strategik dan Pelan Perancangan
Strategik PUiTM bagi tempoh tahun 2016-2020
2. Mengenalpasti isu dan cabaran, kekuatan, kelemahan,
peluang dan kekangan yang dihadapi dalam melaksanakan strategi dan inisiatif
baru untuk RMKe 11
3.
Menganalisis
kehendak dan persekitaran semasa pelanggan dan stakeholders
4. Merangka strategi-strategi yang sesuai melalui langkah
mengoptimum dan memantapkan kekuatan serta
membuat penambahbaikan ke atas kelemahan dalaman;
5.
Merangka kaedah
pengukuran pencapaian menerusi petunjuk prestasi
Catat Ulasan