1 Ogos 2025 | Perkarangan PTAR Utama
Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam menghidupkan semangat patriotik melalui Majlis Simbolik Penyerahan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan 2025.
Dalam ucapan penuh makna, Ketua Pustakawan menekankan bahawa erti kemerdekaan bukan sekadar bebas dari penjajah, tetapi juga pembebasan jiwa dari kerakusan dunia menuju zuhud dan amanah sebagai warga berilmu.
“Perpustakaan hari ini bukan lagi sekadar ruang buku fizikal. Ia menjadi nadi transformasi ilmu – dari tradisional ke digital, menjulang makna kemerdekaan intelektual,” ujar beliau.
Semoga semangat ini terus menyemarakkan warga kampus dalam mendukung aspirasi negara Madani.

Jom kibarkan Jalur Gemilang dengan bangga!
“Malaysia Madani, Rakyat Disantuni.” POV: https://www.facebook.com/share/v/1BcksboQ3J/

Post a Comment

Terbaru Lebih lama