Petaling jaya, 19 Januari 2016 - Jabatan Arkib Universiti bersama Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Seksyen Perkhidmatan Pusat Rekod, Jabatan Arkib Negara Malaysia, Selangor. Lawatan yang diketuai oleh Encik Ariffin Jamaludin (Timbalan Ketua Pustakawan) ini dihadiri seramai 20 orang delegasi dari UiTM Shah Alam.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mempelajari cara pengurusan kerja Jabatan Arkib Negara Malaysia untuk dipraktikkan di Jabatan Arkib Universiti, UiTM. Jabatan Arkib Universiti, UiTM juga berhasrat untuk memastikan rekod awam dapat diuruskan dengan sistematik dan berkesan mengikuti peraturan dan piawaian yang ditetapkan agar rekod dapat dipelihara. Selain itu delegasi ini turut melakukan lawatan tapak bagi melihat sendiri ciri-ciri dan keperluan yang terdapat di Seksyen Perkhidmatan Pusat Rekod, Jabatan Arkib Negara Malaysia.

Berikut adalah beberapa gambar yang turut dikongsikan pada hari tersebut :




































Post a Comment

Terbaru Lebih lama