Lawatan kerja Ketua Pustakawan ke PTAR, PFI Kampus Raub

Perpustakaan PFI PTAR Kampus Raub, telah menerima kunjungan daripada Ketua Pustakawan UiTM, En Noor Hidayat b. Adnan pada hari Selasa, 22 Mac 2016. Kampus Raub ini adalah kampus yang dibangunkan dibawah pelan Private Financial Initiative (PFI). 

Perpustakaan ini telah pun beroperasi sepenuhnya pada bulan Oktober 2015. Kedatangan kunjungan ini telah disambut oleh Pegawai Perpustakaan Kampus Jengka yang diketuai oleh Pn. Rosnita bt. Ja'afar, Penolong Pendaftar Kanan, En. Mohd Hasni b. Husin serta staf perpustakaan. Penerangan dan taklimat perpustakaan telah disampaikan oleh En. Mohd Anwar b. Hasim, Pustakawan Perpustakaan PFI PTAR Kampus Raub. Lawatan kerja dua hari Ketua Pustakawan yang diiringi oleh Ketua Jabatan Arkib PTAR, En. Ariffin b. Jamaludin ke PUiTM Pahang ini berakhir pada 22 Mac 2016.






































Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.