Bahagian Perkhidmatan Akademik, Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan, PTAR telah menganjurkan Program Library Liaison Officer Day 2016  pada 11 April 2016.

Objektif program ini diadakan bertujuan untuk :-

1. Memperkukuhkan komunikasi dan kolaborasi dua hala antara PTAR dengan LO Fakulti / Bahagian / Pusat.


2. Mengeratkan hubungan silaturahim antara LO PTAR dengan LO Fakulti / Bahagian / Pusat bagi melancarkan sebarang program atau aktiviti bersama.

3. Memperkenalkan LO PTAR yang baru dan LO Fakulti / Bahagian / Pusat. 

4. Memberi penerangan mengenai perancangan aktiviti LO yang akan dijalankan bagi tempoh 2016/2017.

5. Memberi penghargaan dan terima kasih kepada LO PTAR dan LO Fakulti / Bahagian / Pusat atas kerjasama baik yang diberikan.

6. Perkongsian maklumat tentang Proses Cadangan Pembelian Bahan Perpustakaan Menggunakan Sistem WILS, Dasar Penyerahan Bahan Harta Intelek UiTM ke Repositori Institusi Universiti dan Pengurusan Rekod Universiti.















































Post a Comment

Terbaru Lebih lama